Respond Form

Name:
Facebook Email Address
Email Address:
Interested to :- Lose weight
Gain weight
Maintain weight
Improve health
Gain extra income
Phone Number

Get your own free form like this one.

Sunday, 16 September 2012

SAYANG KASIH & CINTA

بسم اللة الرحمن الرحيم

Apa erti SAYANG???
Apa erti KASIH???
Apa erti CINTA???
Bila sebut tiga perkara ini...
Kembalilah kepada fitrah kita...
Ingatlah Sang Pencipta...
Tiada SAYANG sesuci kasih-NYA...
Tiada KASIH seikhlas DIA...
Tiada CINTA seutuh DIA...

~Mawar.Merah~




Monday, 27 August 2012

BLUR...

بسم اللة الرحمن الرحيم


Hu3... ni baru tunjuk satu dulang...len2 barang dalam kotak and plastik tu...

Baru pas shoping kat ARAU... hu2... jao kan membelinya... kebetulan jumpa kedai yang best... so, shoping kat sana jela...

Baru beli dulang and barang untuk hias... dah dekat RM400... menggigil nak kuar duit membayo nye... fuhh... patut la... anak muda susah nak kawin awal... belanja tinggi...

Ok, dah siap beli barang... time to work on it...

Em...blur habis... dah la tak pernah wat keje camni... sekali kena wat sorang2... hamik...

Tapi tak ape... jom kita tengok... ape boleh dibuat dari dulang SIMPLE ini...

So, nantikan jawapannya selepas tarikh tersebut... (tarikh ape? korang tunggu jela ye)

Monday, 13 August 2012

Kewajipan Sembunyi Aib dan Dosa


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Al-Imam Al-Tabari telah menghuraikan dengan jelas maksud bagi ayat di atas. Antaranya:

wala tajassasu bermaksud, janganlah kamu mencari keaiban satu sama lain dan jangan kamu mencari rahsia dengan tujuan mengetahui kecacatan orang lain. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. jangan kamu mencari kesalahannya.

Kata Ibn 'Abbas : " Allah melarang orang mukmin mencari keburukan mukmin yang lain"

Kata Mujahid : "Ambillah apa yang nyata dan tinggalkan apa yang Allah tutup"

Kata Qatadah : Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.

Kata Ibn Zaid : "Tajassus itu kamu berkata ; sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui benar atau tidak" (Al-Tabari, Tafsir Al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik Dar al-Qalam (1997)

Al-Imam al-Ghazali telah menegaskan hal ini dalam Ihya 'Ulum al-Din:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah S.W.T. telah melarang hal ini.

Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat mashyur yang mana kisah ini telah disebut di dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-adab Persahabatan). Apa yang telah diriwayatkan ialah, 'Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. 
Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata "Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara". 
Lalu 'Umar bertanya "Apa dia?"
Lalu dijawab "Allah telah berfirman, 'Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain'. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. dan Allah juga berfirman, 'Masukilah rumah melalui pintu-pintunya'. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. dan firman Allah 'Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya'. Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.
Maka 'Umar pun meninggalkannya...

"Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990)

Dr Yusuf al-Qadrawi juga telah menegaskan:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.
Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
So...konklusinya...tak perlu sibuk2 kita mencari keaiban dan kesalahan seseorang... cukuplah sekadar yang mana yang jelas dan terang... tetapi sibukkanlah diri kita mencari aib, dosa dan kelemahan diri kita moga kita sentiasa bertaubat dan merendah diri...
Wallahualam...  


~Mawar.Merah~


Friday, 27 July 2012

SHORT MASSAGE TO ALL YG KATE TAK NAK TO HERBALIFE...

بسم اللة الرحمن الرحيم 

::kopi.pasta.from.oneofmyupline::

emmmmm, dah 3 hari batuk n demam... habis anak2 n suami dah jangkit.. siapa kate minum herbalife kebal.. same je ngan org lain demam jgk, batuk jgk.. tapi tak seteruk kencing manis pada usia 25 tahun la, sakit jantung pada usia 40 tahun la, strok pada usia 50 tahun la.. sebab herbalife ni makanan bukan ubat.. dan kami percaya kesihatan bukan datang dari apa yang kita amalkan 2@3 hari, 2@3 minggu, 2@3 tahun tapi kesihatan datang dari ape yang kite amalkan HARI-HARI dan SELAMA-LAMANYA.. alhamdulillah herbalife adalah makanan yang sihat dan seimbang dan kite perlu amalkan hari2 selama-lamanye..

Ade jgk yang jawab:
:: tapi mahal la.
:: tak bleh la minum susu ni.
:: xpe makanan yg diamalkan akak skrg dah cukup sihat.
:: tak percaye dgn produk2 ni.

yang paling kerap
::"buat ape nak bergantung kat produk2 ni tak natural,gune care natural la"..

1)cube kire setiap kali shake tu bape? nak berkire lagi kalau herbalife boleh bantu jaga buah pinggang, jantung, usus, pankreas, hati, limpa, kulit, otak, tisu2 dan semua la.. dah sakit baru nak cari herbalife, ni bukan ubat tapi makanan yang sihat...

2)tak bleh minum susu2... blaja la benda baik.. cube fikir mase kecik2 kite ni semua xpandai tapi mak n ayah ajar kite makan, suap nasi luah2 balik, tapi suap lagi...

3)mane ade dah makanan yang sihat dan lebih murah dari herbalife.. boleh makan 7 warne buah dan sayur tiap2 hari dan pastikan makanan tu xde racun serangga, xde goreng2, minyak yang baik dan macam2 lagi la

4)TAK PERCAYA dgn herbalife lagi, dah 32 tahun dalam pasaran dunia, dah 82 negara dan yang paling penting dah 82 kementerian kesihatan tiap2 negara luluskan herbalife.. dan yang paling kelakar kalau ade org cakap herbalife ni tak halal, dah tentu semua produk dari luar negara mesti lalu kementerian kesihatan dan semestinya la kementerian kesihatan malaysia akan pastikan xde bahan2 yang haram. takkan diorang nak luluskan benda yang haram..

jom same2 jadi insan yang lebih luarrrrrrrrbiaseeeeee...



Tuesday, 24 July 2012

Indahnya Beraya Di Desa

بسم اللة الرحمن الرحيم


Lirik Lagu :: Indahnya Beraya Di Desa::

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulanganmu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Hai kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri sendiri
Bergembira

Kunjung mengunjung diamalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
 Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan



Ha3... sengal kan??? Arini baru 3 Ramadhan... sy dah meroyan dengar lagu raya bagai...

Mana taknya... ni first time kot puasa pertama tak bersama mak abah tercinta... (Mak... Abah... Kak long nak balik... wa...)

Em...kena sabarlah tahun ni... tapi memang sebak sangat bila tak boleh puasa dengan mak abah... 

Nasib baik saya ada pak cik sedara kat Pahang ni... Alhamdulillah ada Mak Uda dengan Pak Uda sy yang seporting... Ajak berpuasa kat rumah mereka... At least merasa la puasa di rumah... (walau bukan rumah sy pun)

Em...sebenarnya... tujuan sebenar kisah ini ditulis adalah untuk mengadu hal...ha3... (tak de maknanya den nak ngadu hal kat alam maya ni ha)... sebenornye nok bercerite...

Bila orang cakap puasa dan raya kat kampung... rasa dengki sangat dalam hati... orang lain ada kampung... nak puasa and raya... saya ni ha... law puasa... puasa kat rumah, kawasan perumahan... raya kat kampung, pun kat kawan perumahan... so memang tak merasa la hidup puasa dan raya kat kampung yang betul2 kampung nya...em... sedey kan

Maybe some people tak kisah pun... tapi actually... deep in my heart nak sangat rasa raya kat kampung... kawasan desa... bukan perumahan yang rumah2 nya dari batu dan bata...

But the problem is... kampung saya kat perumahan juga... rumah batu bata juga... so the only way kalau nak rasa puasa and raya kat kampung ni... ha2... saya rasa kena kawin ngan orang kampung la... (ade ke orang nak???) ha3... 

"Kalau dapat kawin ngan budak kampung, leh raya kat kampung dia" angan2 minah jenin... ha3... sabo jela...

Sebenarnya dah ramai kekawan ajak raya kampung diorang...tapi saya ni pemalu... maaf lah...tak dapat ikut... sebab mak ngan abah memang confirm tak bagi... "No, no, no" bak kata mereka bila saya kata nak gi rumah kekawan...ha3... so memang tak dapat la... law tak raya pun tak boleh pegi... ini kan pula bile raya kan...hu2...

Mak abah selalu pesan... "Jangan susahkan orang... biar orang susahkan kita macam mana pun...tapi jangan pernah sekali susahkan  orang lain"... so this thing didik saya untuk jadi manusia yang susah sangat nak mintak tolong pada orang... sebab saya tak nak susahkan orang... saya cume berani mintak tolong dengan orang2 yang saya betul2 sayang dan yang betul2 rapat dengan saya... terutama Mak Abah la...he3... of coz...

So, sape2 yang rasa saya pernah susahkan dan bebankan kalian...means saya sayang kalian ye... he2...

Eh...back to the story...em... sy harap sangat satu hari nanti...dapat juga merasa beraya dan berpuasa dekat kampung yang betul2 kampung... serius... dah lama teringin... menanti hari je ni... kalau panjang umur... ada rezeki... ada jodoh... dapat lah saya merasa angan2 minah jenin saya tu... InsyaAllah...

Wallahualam...

Thursday, 19 July 2012

Andaian Cuma

بسم اللة الرحمن الرحيم

Sukanya kita menghakimi orang lain...
Sukanya kita membuat andaian sesuka hati tentang orang lain...
Sukanya kita membuat konklusi tentang orang lain...

"Jauhilah andaian dan anggapan kerana sesungguhnya sebahagian besar andaian itu adalah dosa"

So, jom elakkan diri dari buat andaian sesuka hati dan jauhi perbuatan menghakimi orang lain... Cuma Allah yang layak menghakimi hamba-Nya...

Wallahualam...

~Mawar.Merah~


Saturday, 14 July 2012

C.I.N.T.A

بسم اللة الرحمن الرحيم

Arini nak cakap pasal CINTA lah... 

Cinta dan Hidup memang berkait rapat... Hidup memang tiada maknanya tanpa kehadiran cinta... Namun, ramai yang tidak sedar...cinta yang menghidupkan kita sehingga saat ini hanyalah cinta dari Pencipta Allahu Rabbi... bukan cinta pada manusia...bukan cinta pada harta... bukan cinta pada dunia...

Jika kita lihat keadaan di luar sana... ramai antara kita yang mencari cinta manusia...tanpa kita sedar kita sedang meninggalkan cinta terhadap Allah... terlalu mencari cinta...mencari jodoh...mencari pasangan... sehingga kita terlupa bahawa cinta manusia tidak akan kita miliki jika Cinta Ilahi tak mampu kita pelihara...
Cinta sejati... cinta yang tulus dan suci... cinta yang tidak akan dicemari dengan kecurangan dan ketidak jujuran... itulah cinta yang kita cari-cari bukan???

Namun...sedarkah kita...cinta kita pada Ilahi belum lagi kita mampu pelihara dari kecurangan... CINTA yang kita peroleh sebelum kita bernafas atas muka bumi ini pun kita tak mampu pelihara dari ketidak jujuran kita... 

Kita curang pada CINTA HAKIKI... curang dengan melakukan larangan-Nya... curang dengan menjadikan perkara dunia dan makhluk-Nya sebagai keutamaan kita... curang dengan meletakkan makhluk-Nya sebagai ganti tempat Ya Ilahi dalam hidup kita... 

Kalau CINTA HAKIKI yang Maha Suci itu kita mampu curangi... apatah lagi cinta manusia bukan??? 
Setakat cinta makhluk-Nya yang tak mampu meragut nyawa kita... Setakat cinta makhluk-Nya yang tak mampu buat kita bernafas setiap saat...setiap detik... Apalah sangat kalau nak curang pun kan???

Jadi...kawan-kawan... jika kita mencari cinta sejati... peliharalah dahulu cinta pada Allah...  InsyaAllah cinta hakiki yang dicari... akan dimiliki...


LIFE IS NOT ABOUT FINDING THE BETTER ONE... ITS ABOUT BEING THE BETTER ONE...

~ Mawar.Merah~

Wallahualam...