بسم اللة الرحمن الرحيم
MasyaAllah... lamanya tak meng-UPDATE blog ambo ni...herm...Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menikmati segala yang ada di langit dan di bumi... Allah masih beri peluang supaya saya dapat belajar dan perbaiki diri for every second in my life... Alhamdulillah Allah tidak membutakan hati dan mata saya untuk terus belajar dan belajar segalanya tentang kehidupan...
Hari ini, macam biasa, saya akan ke event2 #Herbalife dalam proses untuk belajar menjadi coach dan juga menjadi orang yang lebih baik... memang hujung minggu je yang ada untuk spend masa belajar benda2 selain akademik ni memandangkan diri ni masih terikat dengan jadual kehidupan Universiti... Event hari ni, berlangsung macam biasa...tapi ada sesuatu yang bukan secara langsung saya pelajari dari STS Kuantan kali ni... sesuatu yang luar biasa, Allah datangkan dari seseorang yang tak pernah saya temui sebelum ini... seorang insan yang datang dari sebuah pendalaman di Kemaman, ingin berbisnes Herbalife seperti saya juga...datang ke Kuantan bersama uplinenya untuk belajar bagaimana untuk menjadi coach Herbalife...seronok bersembang dan berkongsi cerita masing2...testimoni nya MasyaAllah...testimoni yang sangat luar biasa...rupanya mereka adalah kumpulan pesakit buah pinggang yang sudah terikat dengan proses dialisis, tetapi seorang rakannya itu, sudah hampir 100% sembuh dan doktor sendiri memberitahu mereka,jika buah pinggang si rakannya itu makin baik, beliau sudah boleh berhenti ambil ubat dan terlepas terus dari dialisis... MasyaAllah...tapi, sedang asyik bersembang, tiba2 satu ayat yang keluar dari beliau, membuatkan aku terbuka bijik mata yang selama ni, saya fikir sudah celik, namun sebenarnye, masih buta dengan nikmat yang Allah kurnia pada saya sendiri...
Hamba Allah itu berkata "Kamu tinggal di Kuantan ni beruntung, selalu ada event, kamu boleh selalu belajar dan sentiasa recharge diri dekat event2 yang ada ni, kami di sana, tersorok dalam kampung, susah nak keluar ke mana2, paling dekat pun Kuantan lah, nak ke Kuala Terengganu, lagi jauh..." tapi saya respect kerana mereka tetap sanggup keluar dari kampung mereka dan spend time and money to come... sedangkan mereka memang datang dari background yang terang-terangan tidak sesempurna saya...
Urgh...time tu, kat dalam diri rase cam disepak sepak... herm... selama ni, selalu mengeluh dengan keadaan dan sedikit kesusahan yang Allah uji pada diri sendiri, sedangkan ada orang lain yang jauh lebih mencabar ujiannya...tapi mereka tetap kuat dan mampu tersenyum...
Selalu kita mengeluh dan berkata
---> "Alangkah bagusnye jika aku berada di tempat dia, tentu aku boleh berjaya seperti dia, alangkah bagus jika aku punya wang seperti dia, tentu aku boleh berbelanja seperti dia, alangkah bagus jika aku punya kereta seperti dia,tentu mudah aku menguruskan segala tugasan aku kerana sudah tidak punya masalah pengangkutan, alangkah bagus jika aku cantik seperti dia, sudah tentu ramai orang yang suka bekerja denganku, alangkah bagusnya jika aku adalah dia..."
Tetapi sedarkah kita, bahawa ada orang lain lebih susah dari kita, lebih kurang bernasib baik daripada kita dan mereka pun melihat kita dan berkata
---> "Alangkah bagusnya jika aku berada di tempat dia, tentu aku akan usaha sedaya aku dengan segala yang aku ada, alangkah bagus jika aku punya walau sedikit wang untuk membeli makanku, alangkah bagus jika aku punya kaki sendiri agar dapat bergerak sendiri, alngkah bagus jika aku dapat jadi seperti dia, bekerja dengan tangan ku sendiri, berfikir dengan akal ku sendiri, mempunyai anggota tubuh yang lengkap sepertinya, punya mata yang bisa melihat, telinga yang bisa mendengar, mulut yang bisa berkata, sudah tentu ramai orang yang akan suka bekerja denganku, alangkah bagusnya jika aku adalah dia..."
MasyaAllah...kita sentiasa lupa, bahawa Allah sudah cipta kita sebaik-baiknya...tapi sedikit pun kita tak bersyukur...dan masih menjadikan benda2 remeh sebagai alasan supaya kita tak mencapai kejayaan yang kita mahu sedangkan Allah sudah beri kita selengkapnye, segala yang cukup dan basic untuk kita bekerja mencapai cita...
Bersyukurlah dengan apa yang anda ada dan sentiasalah perbaiki diri anda tanpa menjadikan perkara di sekeliling anda sebagai alasan untuk anda berjaya... Allah itu sentiasa ada bersama hamba-Nya... Nothing is IMPOSSIBLE... because I AM POSSIBLE !!!
