Adam & Hawa
Bercinta itu indah...
Sudah menjadi fitrah...
Namun, adakah kita di jalan yang benar?
Mengaku tidak bercouple...
Tapi kita sentiasa berdua-duaan...
Apakah benar tindakan kita?
Berhasrat mahu bersama...
Membina mahligai indah...
Tapi apakah kita cukup sedia?
Jika nafsu mahu berdua dan bermanja...
Belum mampu dibendung dan dijaga...
Apakah mampu kita merentas cabaran sebuah pernikahan?
Pernikahan itu jalannya mudah...
Namun laluannya berliku...
Apa kita mampu?
Mahu anak-anak yang soleh dan solehah...
Mahu rumah tangga bahagia...
Apa kita sudah isi diri kita dengan bekalan secukupnya?
Belum bernikah sudah kita jalan berdua...
Syaitan sudah bermaharajalela...
Apa rumah tanggan nanti akan bahagia?
Kita tahu Allah murka...
Bila kita merindu dan bermanja...
Apa mampu kita bahagia tanpa redha-Nya?
Sedarlah wahai Hawa...
Syaitan bertepuk riang saat kamu melunakkan suara...
Ketika bercakap dengan mana2 pemuda...
Sedarlah wahai Adam...
Syaitan melompat kegirangan saat kamu melayani mereka...
Sama ada dalam hati atau zahirnya...
Jika kita mahukan redha Allah...
Jagalah hati dan hubungan kita...
Jangan terlanjur tindakan dan hati kita...
Jangan termakan kata sang Syaitan durjana...
Yang membisik berkata, kita belum melakukan apa-apa...
Sedangkan peluk,cium dan berpegangan tangan itu sudah biasa...

Ingatlah wahai sahabat...
Syaitan sentiasa menipu daya kita...
Sehingga kita buta dengan kesalahan kita...
Haram itu tetap haram...
Jalan yang mudah sudah terbentang...
Jika hasrat sudah datang, biarlah terus meminang...
Sang Hawa janganlah mudah terpedaya...
Termakan pujuk rayu kaum Adam...
Yang memang sudah dicipta dengan sikap pandai berkata-kata...
Sang Adam pula jangan mudah tergoda...
Terlanjur mengikut rentak kaum Hawa...
Yang memang sudah dicipta dengan sikap pandai
menggoda...
Binalah mahligai kalian berdasarkan Islam...
Moga kebahagiaan dunia akhirat berkekalan...
Moga Jannah milik kita semua...
Aku menulis sekadar peringatan...
Buat diri dan juga orang yang ku sayang...
Kerana Islam kita bersaudara...
Moga panduan dalam Quran...
Terus akan menjadi pedoman...
Sebagai cahaya penunjuk jalan...
~Mawar.Merah~

No comments:
Post a Comment